Friday, May 4, 2007

Hari ini, pukul 7 petang tadi, aku tolong Joe pulang ke rumah di Shah Alam, setelah tiga minggu dia berada di Hospital KL. Tetapi, kali ini Joe merasa sakit ketika aku cuba mengangkat dia keluar daripada kereta Lina, ke kerusi roda. Kemudian meletakkan dia di atas katil, di ruang tamu rumah. Memang dia telah merasa sakit, ketika berada di dalam kereta, semasa perjalanan balik, walaupun, semasa aku mengangkat dia di hospital tadi, semuanya baik dan lancar, dan dia nampak selesa setelah memakai bengkung penyokong tulang belakang.

Segala kesakitan yang Joe rasa, adalah daripada Tuhan. Yang menghilangkan kesakitan Joe juga adalah Tuhan, bukannya morfin yang Joe minum tu. Setiap rasa sakit yang Joe rasa, Tuhan hapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan, sebab, memang Tuhan dan janji macam tu.

Dalam kereta tadi, Joe guna 3G dia untuk baca madah daripada ayah. Memang Joe menangis bila baca kata-kata daripada hati ayah. Inilah madah daripada ayah untuk anaknya.

Renungilah .....anakku
Kamu telah memilih jalanmu sendiri.
Aku yakin kamu tentu sudah rasa nikmat di dunia ini tanpa bimbingan kami.
Namun kini kami gembira kamu sudah balik kepangkuan kami.
Penuh harapan semoga hidup kita dapat diisi kembali.
Kami sentiasa ingin merenung kamu.
Itu saja yang dapat dibuat.
Menatap wajah dengan seribu khayalan- harap Tuhan restu harapan kami sekeluarga.
Semoga kamu dapat terus kami dampingi.

Kalau retak di mana tandanya
kalau terkenang di mana sudahnya
kalau berkata di mana madahnya
Kalau ditulis di mana suratanya
Hanya pohonkan jiwa yang tenang Renungilah....anakku...
Linangan air mata....mengapa..?
banyak terbuku dihati
ditanya kembali...
Hati berkata kasih tak putus
Ingat......
Ada ikatan boleh diurai
ada ikatan bersimpul mati
tanpa hakikat diselami
jiwa ibarat kitab
dibaca......difahami......
carilah kenyataan sejati
adakah ini madah pujangga...?
Tidak.....aku bukan ahlinya
Hanya luahan hari - Ayah AMN




No comments: