Tuesday, April 24, 2007

Hari ini pergi tengok Joe kat hospital. Dia nampak gembira tengok aku datang. Aku tau dia memang gembira bila abang dia datang melawat dia. Lagipun aku dah berjanji akan selalu tengok dia bila tiba waktu melawat. Pembantu rumah dia ada untuk jaga dia waktu siang. Joe bagi aku beli handphone baru yang buat aku rasa gembira. Aku beli handphone NOKIA 6070, dan handphone lama aku, kasi kat pembantu rumah dia. Inilah Joe. Memang dia tak kedekut, waktu dia sihat, dan waktu dia sakit. Iye la, kenapa pula kita nak kedekut. Apa yang ada pada harta benda. Harta boleh di cari, tetapi tak boleh bawak bersama ke alam yang lagi satu tu.

Di sebelah petang, aku datang juga ketika waktu melawat. Joe nak sembahyang asar. Aku tolong dia ambik air sembahyang. Aku tolong basuh kaki dia. Kemudian, tunggu sehingga dia habis solat asar.

Joe kata dia dah tuliskan wasiat. Bahagikan semua barang-barang dia kepada adik beradik, dan kepada orang-orang yang dia sayang. Apa yang dia tinggalkan, akan kami simpan. Akan kami kenang. Akan kami jaga sebagai barang yang amat berharga.

Memang Joe akan pergi. Tapi tak macam dia pergi 30 tahun dulu. Dulu dia pergi akan balik jugak, walaupun selepas 20 tahun. Tetapi kali ini, dia akan pergi dan tak akan balik-balik. Joe, kenapa Joe selalu macam ni. Tinggalkan keluarga. Tapi kali ini Joe akan pergi ke tempat yang lebih baik. Tuhan Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Tuhan bagi Joe sakit macam ni, supaya Joe akan berada di tempat yang baik. Tuhan ambik Joe sikit-sikit supaya Joe, dan kita semua boleh bersedia, dan kita boleh menerima pemergian dia.

Dalam hati kecil aku, memang masih mahu Joe kembali seperti dahulu. Macam-macam kami dah rancang bersama. Segalanya terhenti setelah Joe secara tiba-tiba di diagnose mengidap kanser pada tahap keempat. Tapi ini semua perancangan Tuhan Yang Maha Kuasa. Tuhan Maha Mengetahui.

No comments: